Persatuan Pembelajaran Sepanjang Hayat Warga Emas (U3A) Kuala Lumpur dan Selangor

Mesyuarat Agung Tahun 2011 U3A KL & Selangor telah selamat dijalankan dari 11 pagi hingga 1.30 petang pada hari Sabtu, 19 Februari 2011 di Dewan Kuliah 3, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, Serdang, Selangor.

Seramai 71 orang ahli U3A telah menghadiri majlis berkenaan yang turut merupakan Mesyuarat Agung Tahunan pertama sejak pendaftaran persatuan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 25 Oktober 2010 (No. Pendaftaran: 2522-10-SEL). Acara majlis bermula dengan bacaan doa oleh Tuan Hj. Jamaludin Ismail dan diikuti dengan laporan aktiviti AJK Protem oleh En. Azlan Hussain.

Pemilihan ahli jawatankuasa baru (2011-2012) telah dijalankan dengan lancar dan keputusan akhir adalah seperti berikut:

Presiden
En. Azlan Bin Hussain

Naib Presiden
Dato’ Abd Ghani Bin Abdullah

Setiausaha
Pn. Khadijah Bti Jidon

Bendahari
En. Albert Chong Chin Hin

Ahli Jawatankuasa
1. Pn. Kasummah Bti Salleh
2. En. Tang Yew Voon
3. Pn. Jamilah Bti Abdullah
4. Pn.  A Easwary Alahakone
5. YM Engku Tik Azizah Bti Engku Malek

Pemeriksa Kira-kira
1. En. Zainal Abidin K Ahmed
2. En. Muniandy A/L I. Viswalingam

Dengan itu, Presiden Persatuan U3A KL & Selangor mengucapkan terima kasih kepada semua ahli-ahli atas sokongan yang diberi dan beliau menjanjikan usaha yang berteruskan untuk menggerakkan aktiviti pembelajaran sepanjang hayat untuk warga emas di Malaysia.

Dalam pada itu, pihak Jawatankuasa Pemilihan memohon maaf atas sebarang kelemahan dan kesilapan yang berlaku.  Tahniah turut diucapkan kepada ahli-ahli jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira yang terpilih.

Yang Menjalankan Tugas,

En. Chai Sen Tyng
En. Mohd. Fazdillah Bagat