You are currently browsing the monthly archive for March 2013.

Assalamualaikum w.b.t.,

Institut Gerontologi, UPM sedang menjalankan satu kajian bertajuk “Pembentukan Indeks Kesejahteraan Hidup Warga Emas Malaysia”. Pendekatan survei atas talian (online survey) ini adalah untuk mendapatkan maklumbalas orang ramai agar indeks yang holistik dapat dibentuk untuk mengukur tahap kesejahteraan warga emas. Penyertaan anda adalah amat dihargai dan akan menyumbang kepada kesejahteraan warga emas Malaysia masa kini dan akan datang.

Survei ini hanya akan mengambil masa kira-kira 10 minit. Sila klik link berikut mengikut pilihan bahasa anda.

Bahasa Melayu  : http://usurvey.upm.edu.my/index.php?sid=61895&lang=ms

Bahasa Inggeris : http://usurvey.upm.edu.my/index.php?sid=61895&lang=en

Sekian, terima kasih.

“BERILMU, BERBAKTI”

Siti FARRA Zillah Abdullah
Institute of Gerontology
Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Advertisements

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Semua ahli Persatuan Pembelajaran Sepanjang Hayat Warga Emas U3A Kuala Lumpur dan Selangor yang berdaftar adalah dijemput untuk menghadiri AGM seperti berikut:

Tarikh: 16hb Mac 2013 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, Serdang.

Edaran panggilan mesyuarat agung telah pun dihantar kepada ahli-ahli U3A pada bulan Februari 2013. Sila hubungi Pn. Engku Tik Azizah (Hp: 016-9175100), Setiausaha Persatuan U3A KL & Selangor untuk sebarang maklumat atau keterangan lanjut.

Sekian,

Webmaster

Gambarfoto Berkumpulan - Class of 2012

Gambarfoto Berkumpulan – Class of 2012

Sekalung penghargaan kepada Dato’ Harjeet Singh, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana turut hadir dalam majlis tahunan Persatuan U3A Kuala Lumpur dan Selangor serta menyampaikan sijil penyertaan kepada ahli-ahli berkursus pada 16hb Disember 2012 di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM.

Seramai 247 orang ahli U3A telah mengikuti 49 kursus yang dianjurkan pada Semester 1 & 2, 2012 dan tahniah diucapkan kepada para penunjukajar, fasilitator, AJK Persatuan dan kakitangan Unit U3A Malaysia dalam menjayakan program tersebut.

Semoga tahun baru kita berjumpa lagi!

Copy of 072 U3A 2012 Copy of 094 U3A 2012 Copy of 121 U3A 2012

Universiti Era Ketiga, Malaysia


The University of the Third Age, Malaysia is a program under the "Lifelong Learning for Older Malaysians" project started by Prof. Dr. Tengku Aizan Hamid, Director, Institute of Gerontology, Universiti Putra Malaysia. The project was jointly supported by the Government of Malaysia and the United Nations Population Fund. In 2010, U3A Kuala Lumpur and Selangor was officially registered with the ROS by members of the program.

March 2013
M T W T F S S
« Sep   Apr »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Important Dates

AGM & Orientation Day, S1 2015 -
7 March 2915

Semester 1 (14 weeks) -
12 Mac - 14 June 2015

Orientation Day, S2 2015
8 August 2015

Semester 2 (14 weeks) -
17 August - 22 Nov 2015

Certificate Presentation Ceremony & Open Day -
tba December 2015

Recent Comments

Adeline Beh on U3A KL and Selangor’s fi…
Yam phak hong on COURSE LIST SEMESTER 1, 2…
Lau Su Yin on U3A KL and Selangor’s fi…
Jemale Bin Paiman on U3A Orientation Day, Semester…
Jill M L Yeong on COURSE LIST SEMESTER 1, 2…

Contact Us

Universiti of the Third Age Malaysia
c/o Institute of Gerontology
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor, Malaysia
Tel.: 012-3300819 (Mr. Tang)
Fax: 03-89472744 / 2738
E-mail:
u3amalaysia@gmail.com
u3aklsel@gmail.com
Blog:
u3amalaysia.wordpress.com